Followers

Thursday, March 1, 2012

SEJARAH TENTERA DARAT MALAYSIA

SEJARAH TENTERA DARAT MALAYSIA
Oleh :Mejar Ramli Abdul Rahim (Bersara) TUDM

Askar Melayu adalah sininom dengan Tentera Darat kerana ia adalah pasukan yang pertama melakar sejarah ketenteraan dan kini telah berusia 79 tahun di persada petahanan negara.
 Penubuhan Skuad Percubaan yang terdiri daripada 25 orang Melayu pada 1 Mac 1933 oleh Pentadbiran British menandakan permulaan Tentera Darat yang menjadi mercu tanda dunia ketenteraan di negara ini yang masih dijajah pada ketika itu.
Setelah mereka menunjukkan prestasi yang membanggakan dan mmberangsangkan, Pentadbiran British telah menjadikannya sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu  pada Januari 1938.
Batalion Kedua pula ditubuhkan pada Disember 1941 iaitu 6 hari sebelum pendaratan tentera Jepun di Singora, Patani dan Kota Bharu dan  kedua-dua Batalion tersebut telah terlibat  dalam Perang Dunia Kedua  iaitu di Pasir Panjang Singapura pada 14 Februari 1942 semasa melawan tentera Jepun.
DARURAT 1948-1960
Penubuhan Batalion ke 3 Rejimen Askar Melayu adalah seiring dengan pengisytiharan Darurat  oleh  Pentadbiran British  pada tahun 1948 untuk memerangi insurgensi Parti Komunis Malaya (PKM) dan berikutan bertambahnya serangan komunis, Rejmen Askar Melayu telah ditambah kepada empat batalion lagi.
Batalion-batalion in telah mengambil bahagian dalam beberapa operasi yang dilancarkan oleh oleh Pemerintahan Malaya untuk menentang kubu-kubu pertahanan komunis di seluruh Malaya bersama gabungan  pasukan Commonwealth daripda Australia, New Zealand, Fiji dan beberapa negara Commonwealth daripada Afrika.
Menyedari keperluan untuk mewujudkan unit-unit tentera yang terdiri daripada beberapa kaum bagi mencerminkan masyarakat majmuk Malaya, Pentadbiran British dengan restu Raja-Raja Melayu telah memperkenalkan idea berkenaan pada awal 1950an.
Dengan itu Rjimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan telah ditubuhkan pada tahun 1952 dan kedua-dua pasukan telah disatukan menjadi Kor Peninjau Persekutuan pada 1 Januari 1960.
Peranan yang lebih telah diberikan kepada anak watan dengan  memimpin dan melancarkan operasi melawan komunis dengan penubuhan Briged ke 2 Infantri dalam bulan Oktober 1955.
Briged ini bertanggungjawab kepada keselamatan negeri Perak, Kedah, Perlis, Penang, Kelantan dan Trengganu dan Briged ini memberi perlindungan kepada rakyat tempatan  daripada ancaman serangan komunis yang mendorong Pentadbiran  British untuk menubuhkan Briged Ke 3 Infahtri pada tahun 1957 yang bertanggungjawab bagi keselamatan nergeri-negeri selatan Malaya.


Menjelang 31 Ogos 1957 iaitu tarikh kemerdekaan Malaya, negara ini telah mempunyai keupayaan angakatan tentera yang  mantap untuk mengendalikan operasi melawan insurgensi dengan sokongan Kerajaan tempatan,  dan Tentera Darat telah melalui  perkembangan pesat pada awal-awal tahun selepas kemerdekaan.
Dengan keputusan Kerajaan untuk menubuhkan unit bantuan tempur seperti Rejimen Semboyan, Rejimen Jurutera, Rejimen Artileri dan Rejimen Kereta Perisai Perekutuan, Tenetra Darat telah berkembang sebagai sebuah angkatan yang seimbang.
Unit-unit bantuan perkhidmatan tempur juga telah ditubuhkan seperti Kor Polis Tentera, Kor Perkhidmatan Am (Gaji, Perkeranian dan Pelajaran), Kor Selenggaraan Angkatan Tentera (Bekalan, Pengangkutan, Ordnan, Kejuruteraan Letrik dan Mekanikanl serta Pasukan Simpanan.
Pentadbiran British telah membubarkan Pemerintahan Malaya dan menyerahkan pemerintahan Tentera Darat kepada Markas Tentera Darat Persekutuan.
Pada masa itu ancaman komunis telah berjaya dipatahkan dan darurat telah diisytiharkan tamat dalam tahun 1960 dan keamanan telah dapat diwujudkan untuk membolehkan rakyat hidup dengan aman sejahtera.
KONFRANTASI (1963-1966)
Walau bagaimanpun keamanan yang telah dikecapi tidak bertahan lama  kerana negara kemudiannya menghadapai ancaman daripada Indonesia yang melancarka Konfrantasi iaitu ekoran penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Angkatan Tentera telah berjaya mematahkan kemaraan tentera Indonesia yang telah mendarat dengan payung terjun di Pontian Johor dan juga di lokasi yang lain dalam siri kempen “Ganyang Malaysaia” oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI).

Memandangkan terdapat ancaman yang sedang melanda negara, Briged 4 Infantri telah ditubuhkan di  Pahang sementara Briged Ke 5 pula ditubuhkan di Tawau,Sabah bagi menangani  ancaman luar pada  ketika itu.
Tentera Darat bersama Tentera Commonwealth telah berjaya mematahkan ancaman Indonesia yang  meggugat Malaysia melalui tindakan penyusupan, infiltrasi dan subersif dan konflik dua negara serumpun   berakhir pada 1966.
PENGUNDURAN BRITISH (1967)
Senario politik dan ekonomi Britain menyebabkan  pengunduran tentera Britih selaras dengan dasar Britain berhubung pengundurannya daripada  timur Suez pada tahun 1967, Tentera Darat telah mengamblalih tanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan Malaysia.
Kerajaan telah menubuhkan Divisyen Pertama Infantri Malaysia untuk mengambilalih tanggungjawab Markas Pengarah Operasi Borneo British dan selain itu, Markas Briged Ke 3 Infantri Malaysia telah ditempatkan di Kuching, untuk mengambilalih tugas daripada Briged ke 99 Tentera Gurkha.
Pada masa yang sama, Briged ke 5 Infantri Malaysia telah juga mengambilalih tanggungjawab daripada Briged Timur British di Tawau Sabah.
Kerajaan telah menubuhkan Divisyen Ke 2 Infantri Malaysia di Sungai Besi pada bulan Januari 1969 yang bertanggngjawab sebagai Markas Pemerintah kepada Briged-Briged yang berada di Semenanjung.
KEBANGKITAN SEMULA PENGGANAS KOMUNIS (1968-1989)
Kira-kira lima tahun selepas tamatnya Konfrantasi, Tentera Darat sekali lagi menghadapi konflik ketenteraan apabila pihak Parti Komunis Malaya (PKM)  menghidupkan semula cita-citanya untuk merampas kuasa dengan menggunakan kekerasan pada tahun 1968.
Pihak PKM telah melancarkan beberapa serangan ke atas unit-unit Tentera Darat daripda seberang sempadan Thailand untuk memporak-perandakan negara dan  mereka juga melancarkan skuad-skuad khas untuk melaksanakan rancangan membunuh pemimpin-pemimpin polis, tentera dan politik di kawasan-kawasan bandar.
Dengan menggunakan sumber-sumber yang ada , Markas Divisyen Kedua Infatri telah menjalankan beberapa operasi di Pahang, Perak, Kelantan, Selangor dan Kedah untuk mencari dan memusnahkan unit-unit penggempur PKM yang telah cuba bertapak di kawasan pendalaman di Semenanjung.
Operasi GONZALES telah berjaya menghapuskan sebilangan anggota pengganas komunis di negeri Pahang dan Perak dan ia merupakan operasi yang berselindung di seblaik latihan.
Dalam tempoh tersebut sistem Pemerintah Medan Tentera Darat relah ditingkatkan taraf dengan penubuhan Markas Kor Tentera Darat di Sungai Besi, Markas Divisyen Kedua Infantri pula telah ditempatkan di Pulau Pinang dan Markas Divisyen Ketiga telah ditubuhkan di negeri Melaka manakala negeri Sarawak juga tidak terkecuali  daripada ancaman komunis.
Beberapa operasi yang dijalankan oleh unit-unit Tentera Darat di Sarawak telah berjaya menghapuskan sebahagian besar pengganas komunis dan Markas Divisyen Pertama Infantri telah berjaya menangani hasrat Parti Kumunis Kalimantan Utara (PKKU) untuk merampas kuasa di negeri itu.
Akibat tekanan ketenteraan yang semkin meningkat, sejumlah besar dari mereka telah menyerah diiri kepada pihak berkuasa dan pada ketika itu Tentera Darat telah menubuhkan Kawasan Pemerintahan Keselamatan Rejang (RASCOM) untuk meningkatkan usaha kerajaan  menghapuskan ancaman PKKU.
Dengan sokongan agensi kerajaan yang lain, Tentera Darat telah dapat memainkan peranan yang berkesan untuk mencegah PKM dan  PKKU daripada menggunakan kekerasan untuk merampas kuasa.
Dengan lumpuhnya kekuatan ketenteraan mereka, PKM telah menyerah diri dan menamatkan perjuangan bersenjata mereka pada tahun 1989, dan Perjanjian Damai PKM pada 2 Disember 1989 dengan kerajaan menandakan berakhirnya perjuangan PKM dan langkah itu disusuli oleh PKKU pada 17 Oktober 1990.


Kor dan Rejimen

Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mengandungi 25 batalion iaitu  dua batalion sebagai Batalion Para, dua batalion sebagai Batalion Mekanis, satu Batalion Istiadat dan selebihnya adalah Batalion Infantri Standard dan  RAMD juga merupakan kor yang tertua dan terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia.
Menuju cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas.
Tiga elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan Elit Para menjadi teras kepada infantri dan satu batalion  dikhususkan sebagai Batalion Istiadat.
Batalian Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang ditubuhkan pada 1 Jan 1938 telah diberi peranan sebagai pasukan infantri biasa kepada batalian infantri istiadat mulai 1 Jan 1989.
Di atas kecemerlangan yang telah ditunjukkan serta pencapaian mutu yang tinggi, pasukan ini telah diberi kepercayaan dalam kawalan kehormatan utama setiap kali lawatan pembesar-pembesar luar negara.
Dalam mempertahankan maruah bangsa melayu dan membuktikan keperwiraan anak-anak watan, 2 buah batalion Rejimen Askar Melayu Diraja telah terlibat di dalam Perang Dunia Kedua.
Antara pertempuran yang menjadi ingatan dan kebanggaan Kor Infantri adalah Pertempuran Muar dalam pertempuran itu, Lt Ibrahim Al-Dita selaku ketua platun telah membuktikan keberaniannya lalu  dianugerahkan Military Cross bersama dua lagi rakannya iaitu Lt Ismail Babu dan Kpl Yaakob Bidin.
Peretmpuran Bukit Chandu pada 14 Feb 1942 yang begitu sengit merupakan satu titik tanda sejarah yang membuktikan keperwiraan dan keberanian askar Melayu dan dalam  pertempuran ini, Leftenan Adnan Bin Saidi telah sanggup bertahan sehingga ke titisan darah yang terahkir.
Rejimen Renjer Diraja (RRD)
Pasukan ini terkenal dengan cogan kata Agi Hidup Agi Ngalaban ataupun Selagi Hidup Selagi Melawan. Bersama dengan Rejimen Askar Melayu Diraja dan Kor Armor Diraja, Rejimen Renjer Diraja merupakan pasukan tempur Tentera Darat Malaysia.
 Walaupun usianya sebagai rejimen dalam Tentera Darat Malaysia adalah lebih muda daripada, Rejimen Askar Melayu Diraja,  Rejimen Renjer Diraja bersama memikul beban sebagai pasukan barisan hadapan pertahanan negara.
Rejimen Renjer Diraja (RRD) adalah salah satu daripada Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 16 Mac 1963 dan  RRD mengandungi 9 batalion yang mana satu batalion sebagai batalion para, satu batalion sebagai batalion mekanis dan selebihnya adalah batalion infantri standard.
RRD juga merupakan kor yang kedua terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia selepas RAMD dan perbezaannya RAMD  keanggotaan terdiri daripda orang Melayu manakala RRD terdiri daripada berbagai kaum dan agama di Malaysia.

Menuju cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas dengan  3 elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan Infantri Para.
Kor Armor Diraja (KAD)
Kor Armor Diraja bermula dengan tertubuhnya Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada 1 September 1952 dan  Skuadron ini telah diperbesarkan kepada Rejimen Kereta Perisai Persekutuan dalam tahun 1957.
Dalam tahun 1960, Rejimen Kereta Perisai Persekutuan telah dicantumkan dengan Rejimen Persekutuan, sebuah batalion infantri dan percantuman tersebut  melahirkan Kor Peninjau yang telah dikurniakan gelaran Diraja pada 20 Mei 1972.
Pada 22 Disember 1979 Kor Peninjau Diraja telah ditukarkan nama menjadi Kor Kavalri Diraja dan tugas  kor ini ialah menjalankan operasi secara "serangan" dan "pertahanan" dengan sentiasa menyediakan bantuan perisai kepada Tentera Darat.
Kor Armour Diraja (KAD) adalah salah satu kor tempur di dalam Tentera Darat Malaysia dan ia  lebih dikenali sebagai Armor dilengkapkan kereta pengangkut anggota berperisai (Armoured Personnel Carrier), kenderaan tempur infantri (Infantry Fighting Vehicle), kenderaan tempur berperisai (Armoured Combat Vehicle) dan juga dengan kereta kebal.


Rejimen Artileri Diraja (RAD)
Rejimen Artileri Diraja ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri dimana sebahagian besar anggota-anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota Artileri Diraja yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Perang Dunia II.
Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke Singapura untuk mempelawa rakyat Malaya yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan.
Seramai 89 anggota telah bersetuju dan bersedia untuk berkhidmat dengan Tentera Persekutuan dan  pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan dianggotai oleh seramai 89 anggota.
Bateri ini menggunakan meriam jenis 25 pounder dan pegawai yang pertama  menjawat jawatan sebagai Ketua Bateri ialah Maj P Sherston Baker MC, RA.
Pada tahun 1962, pihak Kerajaan British telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah bateri artileri untuk Tentera Persekutuan di Semenanjung Tanah Melayu.
Peranan Rejimen Artileri Diraja adalah untuk memberi bantuan tembakan yang berkesan kepada pasukan tempur di medan pertempuran supaya pihak musuh tidak dapat mengganggu operasi pasukan sahabat atau tidak dapat mengatur rancangan operasi mereka dengan efektif.
Rejimen Artileri kini dilengkapi dengan pelbagai meriam jarak dekat (10 km) dan sederhana (45 km), sistem pelancar roket berganda (90 km), meriam serta peluru berpandu anti pesawat.
Rejimen Artileri turut mempunyai peralatan dan radar pengesan persenjataan musuh serta peralatan kajicuaca bagi memudahkan data-data tembakan diberi dengan cepat dan tepat.

Rejimen Semboyan Diraja (RSD)
Rejimen Semboyan Diraja adalah sebuah rejimen Bantuan Tempur di dalam Tentera Darat Malaysia dan tugas  utama RSD ialah menyedia dan menyelenggarakan komunikasi untuk perintah dan kawalan Tentera Darat.
RSD juga terlibat di dalam menyediakan bantuan Peperangan Elektronik kepada Tentera Darat dan mengekalkan semua saluran komunikasi diantara markas-markas formasi hingga ke pasukan di peringkat taktikal.  
Sejarah Rejimen Semboyan Diraja bermula apabila tertubuhnya Communications Troop di Pusat Latihan Askar Melayu Diraja pada tahun 1949 di Port Dickson, Negeri Sembilan dan ia  dianggotai oleh jururadio dari Platun Semboyan Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja.
Pada awal tahun 1952, 'Communication Troop' ini telah dinaik taraf ke skuadron dan dikenali sebagai Federation Signals Squadron dan bermula dari tarikh itu secara rasminya Skuadron tersebut telah diberi tugas dan tanggungjawab khusus untuk menyediakan komunikasi kepada semua pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja.
Seiring dengan penubuhan Federation Army Brigade pada tahun 1952, Federation Brigade Siqnal Squadron juga telah ditubuhkan bagi menyokong bantuan komunikasi antara markas Federation Army Brigade ke pasukan-pasukan di bawahnya.
Ia kemudiannya dikenali sebagai Malaysian Signal Regiment dan Rejimen Semboyan juga telah diiktiraf  bahawa  15 November 1952 sebagai tarikh penubuhan Federation Signals dan sehingga sekarang tarikh tersebut secara rasmi dikenang sebagai tarikh penubuhan Rejimen Semboyan Diraja.
Sejajar dengan jasanya dalam pelaksanaan peranan dan tugas yang disandang dalam pemodenan komunikasi Tentera Darat, di samping keterampilan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap Raja dan Negara, Rejimen Semboyan Malaysia telah dianugerahkan gelaran 'Diraja' oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 6 Jun 1992.
Kor Pasukan Elit (KPE)
Tentera Darat Malaysia mempunyai 2 unit dalam Kor Pasukan Elitnya iaitu 10 Briged Para dan Grup Gerak Khas.
10 Briged Para
10 Briged Para merupakan sebuah pasukan Tentera Darat  yang terdiri pelbagai cabang kor ATM yang berpengkalan di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka dan sebahagian daripada elemen utama Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) Angkatan Tentera Malaysia dalam menangani keganasan dan ancaman pihak musuh dengan menggunakan jumlah keanggotaan yang ramai.
Rejimen Gerak Khas (RGK)
Rejimen Gerak Khas (RGK) merupakan entiti utama pasukan elit TDM yang paling digeruni. Ditubuhkan pada 1 Ogos 1965 di Kem Majidee, Johor Bharu.
Rejimen ini pada mulanya dikenali sebagai Malaysian Special Service Group (MSSG), dan dalam tahun 1969 telah diperbesarkan menjadi satu Rejimen yang dikenali dengan nama Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia (1 RGKM).
Tugas Rejimen Gerak Khas ini ialah menjalankan operasi tertentu secara bebas melalui darat, laut dan udara dan RGK pernah terlibat dalam beberapa siri operasi berprofil tinggi termasuklah operasi menyelamat pasukan Delta Force dan Renjer Amerika Syarikat yang terperangkap dalam pertempuran di Pasar Bakhara, Moghadishu, Somalia.
Dalam operasi tersebut  2 anggota RGK terkorban dalam operasi yang digandingkan bersama Rejimen Askar Melayu Diraja dan tentera Pakistan dan RAMD juga turut kehilangan seorang anggotanya dalam operasi tersebut.
Kor Perkhidmatan Am (KPA)
Kor Perkhidmatan Am diwujudkan dalam tahun 1954 dengan nama The Federation General Service Corps dan  bahagian-bahagiannya ketika itu ialah Pejabat-pejabat Rekod, Gaji, Perubatan, Pelajaran dan Perisikan dan nama  pasukan Perkhidmatan Am dikuatkuasakan pada 1 Julai 1958.
Bahagian-bahagian Perubatan dan Perisikan kemudian berpisah dan menubuh kor yang berasingan dan  Pasukan Perkhidmatan Am dengan rasminya menjadi Kor Perkhidmatan Am pada 1 Mei 1972.
Kor ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan khidmat dari segi Urusan Gaji, Pekeranian, Pelajaran dan Perhubungan Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia.
Kor Polis Tentera Diraja (KPTD)
Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) telah ditubuhkan pada 12 November 1953 dikenali sebagai Polis Tentera Persekutuan dan diletakkan di bawah pemerintahan dan Pentadbiran Royal Military Police, British Army.
Pasukan kecil ini ditugaskan khas untuk menyelenggarakan tatatertib Tentera Darat sahaja. Dewasa ini Kor Polis Tentera Diraja telah berkembang dan memainkan peranan penting meliputi ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, bertanggungjawab terhadap undang-undang, peraturan-peraturan dan perintah-perintah tentera.
Setiap briged TDM terdapat 1 kompeni KPTD dan terdapat pecahan dalam Polis Tentera antaranya Cawangan Latih, Cawangan Pusat Tahanan, Cawangan Siasatan Jenayah, Cawangan Para, Polis Askar Wataniah, Polis Tentera Laut, Polis Tentera Udara.
Tugas Cawangan Latih ialah melatih anggota dan pegawai tentera untuk diserapkan menjadi Polis Tentera dan tugas  Cawangan Pusat Tahanan membaik pulih imej anggota dan pegawai Tentera yang dikenakan tahanan atau penjara.

Kor Kesihatan Diraja (KKD)
Kor Kesihatan Diraja adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti kepada seluruh warga ATM.
Perkembangan perkhidmatan kesihatan dan pergigian angkatan tentera menyaksikan penubuhan unit-unit perubatan seperti RSAT, PPAT, PGAT, Institusi latihan seperti INSAN, IPP, Institut Perubatan Bawah Air dan Hospital Angkatan Tentera.
Penglibatan KKD melalui projek-projek jiwa murni telah dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan rancangan pembangunan Negara dan khidmat bakti perkhidmatan kesihatan dan pergigian terus berkembang maju dengan penglibatan KKD dalam misi PBB dan bantuan kemanusiaan demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat.
Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera bermula seawal sejarah perjuangan angkatan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara selepas Perang Dunia Kedua.
Ancaman konfrontasi dan penglibatan dalam Peperangan Menentang Insurgensi merupakan penyumbang ke arah penubuhan Kor Perkhidmatan Am (Ubat) pada tahun 1960.
Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera terukir apabila Kor Ubatan dan Gigian (KUG) ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1967.
Evolusi Kor Kesihatan Diraja terus berkembang dengan penukaran designasi kepada Kor Kesihatan Angkatan Tentera (KKAT) pada 10 Ogos 1988.
Penganugerahan Gelaran Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 7 Jun 1997 merupakan pengiktirafan negara terhadap khidmat bakti dan pengorbanan warga Kor kepada bangsa dan negara.
Kor Risik DiRaja (KRD)
Kor Risik Diraja telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 November 1969 dan dianugerahkan gelaran 'Diraja' pada 7 Jun 1997 oleh SPB Yang DiPertuan Agong ke X Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Organisasi KRD diketuai oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) merangkap Pengerusi KRD dan terbahagi kepada penempatan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), 92 Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK), 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT), Cawangan Perisikan, Jabatan Arah Risik dan Pusat Latihan Perisikan (PULARIS).
Kesemua penempatan ini mempunyai tugas dan peranan yang berbeza tetapi secara ringkasnya KRD berperanan untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha dari segi mengumpul, menilai dan menyebar perisikan taktikal yang berkaitan dengan kepentingan Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya
Kor Risik Diraja ditubuhkan secara rasminya pada 7 November 1969 bagi menghadapi ancaman PKM yang melancarkan dasar ketenteraan dan merancang pemberontakan bersenjata mulai 1949.
Pada tahun 1953, pentadbiran Inggeris mulai sedar tentang keperluan perisikan bagi membantu pasukan keselamatan dalam usaha membanteras perjuangan bersenjata PKM.
Serentak dengan itu, seorang anak watan Pbt Hashim bin HJ Rauf telah diserap dan ditugaskan di HQ 355 Field Security Section (FSS) iaitu British Military Intelligence yang diketuai oleh Lt M E.A Atkinson.
Sekumpulan Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) dari Rejimen Askar Melayu, Rejimen Kereta Perisai Persekutuan dan Jurutera Persekutuan telah ditumpangkan ke HQ 355 FSS untuk dilatih dalam seksyen perisikan.
Apabila negara merdeka HQ 355 FSS disusun semula dan dikenali sebagai Federation Field Security Section (FFSS) dan diletakkan dibawah Markas Tentera Persekutuan (HQ Malaya Command), Kuala Lumpur.
Seramai 14 orang Junior Civil Liaison Officer yang bertugas dengan cawangan khas Polis Persekutuan Tanah Melayu dipanggil oleh pihak Inggeris bagi melaksanakan kerja perisikan di medan.
Pada November 1963, Bahagian Gerakan, Rancang dan Perisikan telah diambilalih oleh pegawai tempatan dan Cawangan Rancang dan Perisikan telah ditukar kepada Jabatanarah Perisikan Bersama pada Mac 1965.
Awal tahun1966, tiga pertubuhan unit perisikan yang berfungsi tanpa pemerintahan dan kawalan dari mana-mana organisasi telah ditubuhkan yang terdiri daripada Penasihat Pertahanan Tentera, Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK) dan Jawatankuasa Sempadan.

Kor Perkhidmatan Diraja (KPD)
Kor Perkhidmatan Diraja berasal dengan penubuhan Cawangan Bekal dan Angkut dalam bulan April 1957 sebagai satu bahagian dalam Army Service Corps (ASC).
ASC telah ditukarkan nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) selaras dengan tugasnya memberi bantuan logistik kepada semua Perkhidmatan Angkatan Tentera.
Pada 9 April 1965 AFMC telah dibubarkan dan Pasukan Bekal dan Angkut Tentera telah ditubuhkan dan pasukan ini kemudian dikenali dengan nama Kor Perkhidmatan Diraja.
Ditugaskan sebagai pasukan logistik Tentera Darat seperti Workshop dan kompeni angkut, kecuali senjata dan bekalan asas dan setiap briged terdapat satu kompeni angkut dan workshop briged, manakala di dalam satu ketumbukan divisyen pula terdapat satu batalion angkut dan empat kompeni di dalamnya.
KPD memberi bantuan kenderaan di barisan hadapan seperti trak 3 tan (bawa anggota, peralatan dll),drops (kontena 20 kaki), bowser minyak dan air,Tank Transporter, Mobile Fuel Dispensing System (CFT) kor ini juga memberi perkhidmatan dari segi bantuan lojistik seperti kargo perkapalan, penginapan (transit), penerbangan (MAS, Air Asia)dan sebagainya.
Kor Ordnans Diraja (KOD)
Kor Ordnans Diraja bermula dengan penubuhan Malay Regiment Stores Depot pada 17 Julai 1964 di Port Dickson yang kemudiannya disatukan dengan lain-lain pasukan logistik, dalam bulan April 1957 dengan nama Army Service Corps (ASC).
Berikutan dengan penubuhan Tentera Laut dan Udara Malaysia, ASC telah ditukar nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) pada 27 Mei 1958.
Setelah AFMC dimansuhkan pada 9 April 1965, Kor ini telah dengan rasminya dinamakan Kor Kelengkapan Malaysia kemudiannya ditukarkan kepada Kor Ordnans Diraja.
Sebagai salah satu pasukan logistik di dalam Tentera Darat  tugasnya ialah membekal senjata dan keperluan asas Tentera Darat manakala  TLDM dan TUDM pula menguruskan pasukan logistik masing-masing.
Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)
Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah ditubuhkan pada 22 April 1953 dan seperti Kor-kor lain juga, RAJD telah mengalami pelbagai  perubahan sejajar dengan perkembangan dan pembesaran Tentera Darat Malaysia.
RAJD bermula dengan peranan awal yang terhad dalam membantu operasi Tentera Persekutuan menentang komunis, khasnya dalam tugas-tugas memusnah bom, membersih kawasan periuk api, membina jalan, jambatan, landasan kapal terbang serta menyediakan bekalan air.
Sekarang RAJD mampu memainkan peranan yang lebih luas dalam membantu pembangunan negara setelah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan peralatan dan jentera serta mempunyai pegawai-pegawai dan warga RAJD yang berkemahiran tinggi.
Tugas RAJD adalah  dalam kejuruteraan tentera terbukti telah menyumbangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara termasuk menyediakan tenaga mahir kepada sektor awam apabila anggotanya bersara.
Sebagai tanda pengiktirafan, Yang DiPertuan Agong telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' pada 6 Jun 1992 dan seterusnya pada 5 Jun 2004 dan kemudiannya dikurniakan  Panji-Panji Diraja.
Sejarah penubuhan telah bermula dengan rasminya pada 22 April 1953 dengan penubuhan pasukan Jurutera Malaya pertama dikenali sebagai 76th Federal Field Squadron di Balaclava Lines, Kluang.
Anggota-anggota dari pasukan ini telah dilatih di Pusat Latihan Tentera British bertempat di Nee Soon, Singapura dan Kluang dan apabila negara kita hampir mencapai kemerdekaan, Tentera British telah merancang untuk membubarkan RE Field Regiment dan menyerapkan anggota daripada Rejimen kepada Federation Engineers.
Pada 15 Julai 1957, Skuadron Jurutera Kedua telah ditubuhkan dengan kekuatan seramai 201 anggota daripada 75th Malayan Field Squadron sementara itu, 76th Federal Field Squadron, Federation Engineers telah ditukar designasi kepada Skuadron Jurutera Pertama kerana ia merupakan pasukan pertama jurutera dalam Tentera Persekutuan.
Semasa penubuhan 1 Skuadron Jurutera dan 2 Skuadron Jurutera, Cawangan Jurutera Tentera Persekutuan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan diketuai oleh Leftenan Kolonel RA Blakeway OBE RE sebagai Ketua Jurutera yang pertama.
Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) adalah sebuah kor di dalam Tentera Darat Malaysia yang menguruskan dan mengendalikan hal ehwal keagamaan bagi ketiga-tiga cabang di dalam ATM dan  Kor ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 April, 1985.
Dengan tertubuhnya KAGAT banyak program yang disusun untuk meningkatkan kefahaman anggota tentera mengenai Islam yang syumul bagi dihayati oleh semua anggota sebagai cara hidup dan menanggapi kerja dalam dunia ketenteraan adalah satu ibadah yang mulia.
Rejimen Askar Wataniah (AW)
Rejimen Askar Wataniah merupakan Rejimen yang di tugaskan sebagai barisan kedua dalam mempertahankan kedudukan negara dari sebarang ancaman musuh negara.
Rejimen ini dilatih sepenuhnya oleh angkatan tentera malaysia yang bertugas sebagai anggota tetap dan segala bentuk latihan yang diberikan adalah berdasarkan pada latihan yang di berikan kepada anggota tetap.
Askar Wataniah Malaysia adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain dan ia merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta.
Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara.
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.
HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggembelingan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.
Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).
Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, darurat 1948-1960 dan konfrontasi.
Semasa darurat ia dikenali sebagai 'Home Guard' dan pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.
Matlamat latihan AW adalah untuk menyediakan satu Angkatan Sukarela Tentera Darat yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan dalam masa yang singkat serta berupaya menjalankan tugas operasi tanpa memberikan banyak gangguan kepada ekonomi dan penghidupan sosial negara.
Dengan itu, pendekatan latihan ialah untuk melatih pegawai dan anggota Sukarela dengan pengetahuan ilmu ketenteraan supaya mempunyai kemahiran dan sikap positif untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan sesuai dengan peranan Kor masing-masing.

Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD)
Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja berasal dari Army Service Corps (ASC) yang telah ditubuhkan dalam bulan April 1957 dan berikutan dengan penubuhan Tentera Laut dan Udara Malaysia, ASC telah ditukar nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) pada 27 Mei 1958.
Setelah AFMC dimansuhkan pada 9 April 1965, Kor ini telah dengan rasminya dinamakan Kor Jurutera Letrik dan Jentera .
Peranan Kor Jurutera Letrik dan Jentera adalah memberi bantuan teknik seperti pembaikan, penyelenggaraan dan pemeriksaan ke atas semua peralatan kepunyaan Tentera Darat kecuali kenderaan jentera berat kepunyaan Kor Jurutera Diraja seperti jentolak, treler (yang dikenali sebagai Kenderaan Jenis C) dan peralatan perhubungan Kor Semboyan Diraja seperti peralatan telegraf yang digunakan untuk menerima dan menghantar mesej.
Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD)
Pasukan Udara Tentera Darat telah ditubuhkan pada 1 Julai 1994 apabila tertubuhnya Tim Projek Pasukan Udara Tentera Darat (Tim Projek PUTD) dan  Tim Projek ini bertanggungjawab terhadap semua rancangan dan perlaksanaan penubuhan PUTD dan juga berfungsi sebagai 'cawangan udara' di Markas TD.
Penubuhan PUTD telah dilancarkan dengan rasminya pada 11 Mac 1995 bertempat di Pangkalan TUDM, Kem Mahkota, Kluang, Johor iaitu sempena pelancaran  skuadron pertama PUTD iaitu No 881 Skn.
Asas penubuhan ialah penyerahan 10 buah helikopter SA 316B Alouette MK III oleh TUDM kepada TDM dan juga penyerahan sebahagian pangkalan TUDM Kluang.
 Pada Januari 1996, TUDM telah menyerahkan sepenuhnya pangkalan ini kepada TDM dan penubuhan PUTD adalah bagi meningkatkan lagi keupayaan TDM di dalam melaksanakan operasi-operasi menggunakan kekuatan daya tembakan dan mobiliti (Platform Udara).
Kemahiran dalam bidang Juruterbang Helikopter, Kejuruteraan, Kawalan Trafik Udara, Pengurusan Logistik adalah di antara aspek yang terdapat dalam pasukan ini.
PUTD telah diisytiharkan bertaraf operasi pada 29 Mac 1997 oleh Menteri Pertahanan YB Dato’ Syed Hamid Albar bin Jaafar Albar.
Pasukan Udara Tentera Darat atau PUTD adalah satu kor di dalam Tentera Darat Malaysia yang berperanan memberikan bantuan udara di medan tempur kepada unit-unit Tentera Darat.
Rejimen Sempadan (RS)
Rejimen Sempadan asalnya dari Rejimen Askar Wataniah Siri 3 dan pada  12 Januari 2008 Rejimen Askar Wataniah Siri 3 dibubarkan dan ditubuhkan secara rasmi Rejimen Pengurusan Sempadan.
Fungsi Rejimen Pengurusan Sempadan adalah, untuk menjaga sempadan darat dengan Thailand dan daripada ancaman yang tidak diingini dan berpangkalan di Perlis yangterdiri daripada 5 buah rejimen.
Transformasi Tentera Darat Konvensional
Tentera Darat telah membuat pembaruan struktur dan doktrin peperangan untuk menghadapi sebarang cabaran pada masa akan datang dengan gerakan cepat dan berkesan yang menggabungkan semua elemen dalam Tentera Darat.
Tentera Darat juga telah menyusun strategi dan taktik untuk diaplikasikan oleh divisyen dan briged tempur bagi membolehkan mereka beroperasi dalam persekitaran yang berbeza daripada era abad sebelum ini.
Sebagai sebuah pasukan yang tertua dalam ATM, Tentera Darat yang telah mengharungi arus perubahan dan melalui pelbagai pengalaman  akan terus menjadi benteng pertahanan negara yang berkesan.